Soalan; - QF 03

  

Bajet saya kecil , tapi saya mahukan pelan yang memberikan perlindungan kepada semua keluarga saya..bagaimana caranya?

 

 

Jawapan;

 

Bajet kecil ?, berapakah yang dikatakan kecil itu?. Adalah menjadi perkara biasa bagi kita - mahukan perlindungan yang tinggi, perlindungan yang komprehensif (semua manfaat ada), pulangan yang tinggi, perlindungan untuk semua ahli keluarga TETAPI sumbangan adalah yang paling minimum.

 

Bagi mencapai objektif diatas, pihak tuan dinasihatkan untuk mengambil pelan yang memberikan perlindungan yang tinggi dan kurang manfaat simpanan, jika boleh biarlah pelan tersebut tiada langsung manfaat simpanan (Non- Participating)  seterusnya ambillah dengan sumbangan yang paling minimum bagi setiap ahli keluarga. Ambillah sahajalah manfaat Asas dan kurangkan atau tiadakan manfaat tambahan yang lain (i.e kad perubatan, Penyakit kritikal dsbnya)

 

Atau sertailah pelan yang memberikan perlindungan kepada ramai individu dalam satu pelan

 

Cadangan

 

 

1. Pelan Etiqa Sakinah 1 dan Sakinah 2 merupakan pelan perlindungan bagi dua individu dalam satu pelan i.e pelan suami-isteri, ayah-anak,ibu-anak. Melalui pelan ini 2 individu dapat dilindungi oleh satu pelan dengan sumbangan yang rendah. Pelan Sakinah 1 menyediakan manfaat simpanan dan tiada simpanan bagi Sakinah 2

 

2. Pelan Etiqa Ehsan adalah satu pelan yang dapat menyediakan perlindungan yang tinggi dengan sedikit sumbangannya. Ianya tiada manfaat simpanan. Dengan sumbangan yang rendah, insyaAllah ia dapat menyediakan perlindungan kepada ramai orang ramai orang. Sumbangan minimum adalah hanya RM30 sebulan

 

3. Pelan Etiqa Mesra juga dapat memberikan perlindungan yang tinggi dengan sumbangan yang rendah, malah ianya juga dapat menyediakan manfaat simpanan. Sumbangan minimum adalah hanya RM50 sebualan bagi setiap peserta

 

  

Maklumat Lanjut

i.   Maklumat Pelan Etiqa Sakinah 1 & 2

ii.  Maklumat Pelan Etiqa Ehsan

iii. Maklumat Pelan Etiqa Mesra

 

 

 

                               

copyright (c) 2009 Khanz Enterprise All rights reserved.
administrator @ takaful.com.my