Soalan; - QW 02

  

Saya mencari pelan Kad Perubatan bagi membiayai Bil Perubatan di hospital bagi diri dan keluarga..Bantu saya

 

 

Jawapan;

 

Setiap syarikat yang kami wakili  mempunyai Pelan Takaful Kad Perubatan masing-masing dimana setiap satu mempunyai ciri yang tersendiri dan keistimewaan masing-masing;

 

 

Bil

Syarikat Pengendali

Nama Pelan

Maklumat

Video

1

Etiqa Takaful Berhad

Kad Perubatan Medic

Medic Save (Format PDF)

Video :

Streaming , Download

2

Takaful Ikhlas Sdn Bhd

Ikhlas Medic Assist Takaful (IMAT)

IMAT (Format PDF)

Video :

Streaming , Download

3

Takaful Malaysia

Takaful MyMedicare

 myMedicare (Format PDF)

 

 

Sumbangan pelan Kad Perubatan Medic dari Etiqa Takaful Berhad boleh dibayar dalam mod bulanan, suku tahunan, setangah tahunan dan tahunan. Ini memberikan fleksibiliti mod pembayaran kepada peserta berdasarkan kemampuan peserta. Namun yang demikian pelan ini hendaklah disertai dengan satu pelan Takaful Keluarga asas dan memerlukan ko-takaful bagi pembayaran bil hospital yang dikenakan ketas peserta

 

Kad IMAT daripada Takaful Ikhlas Sdn Bhd bercorak 'Stand-alone' dimana ia boleh disertai tanpa pelan Asas. Ia adalah kad "Cashless" iaitu tanpa ko-takaful. Walaubagaimanapun mod sumbangan adalah hanya secara tahunan.

 

Kad Takaful MyMedicare pula sama coraknya seperti Kad Perubatan IMAT iaitu bercorak 'Cashless", "Stand-alone" dan sumbangan adalah secara tahunan sahaja.

 

Kadar sumbangan diantara satu sama lain adalah lebih kurang sama sahaja.

 

 

Cadangan

 

Pilihlah mana-mana pelan salah satu Kad Perubatan ini,

 

Jika peserta masih tiada mempunyai pelan perlindungan Takaful keluarga (Life Insurance), maka pelan Kad Perubatan Medic adalah digalakkan. Ini kerana melalui Kad Perubatan medic, selain daripada mendapat manfaat kad perubatan ke masukkan ke hospital. peserta juga mempunyai manfaat perlindungan Manfaat Asas iaitu manfaat kematian/keilatan kekal menyeluruh dan manfaat simpanan ketika matang.

 

Jika peserta telah mempunyai perlindungan Takaful Keluarga tetapi tiada mempunyai manfaat Kad Perubatan maka, memadailah dengan mengambil pelan Takaful IMAT (dari Takaful Ikhlas) atau Takaful MyMedicare (Syarikat Takaful Malaysia). Hal yang sama jika peserta hanya ingin menyertai Pelan Kad Perubatan sahaja tanpa ingin menyertai pelan Takaful Keluarga. Ini kerana perlindungan kad IMAT atau MyMedicare boleh diambil secara 'Stand-alone',

 

Daripada kedua-dua pelan ini, jika peserta mahukan pelan yang lebih tinggi had tahunan dan had sepanjang temoh perlindungan, maka pelan myMedicare adalah lebih dicadangkan. Ini kerana nilai maksimum had tahunan bagi pelan ini adalah RM200,000 manakala had perlidungan sepanjang hayat adalah RM600,000.

 

 

Maklumat Lanjut

i.   Maklumat Pelan Etiqa - Medic Save Rider

ii.  Maklumat Kad Perubatan Takaful Ikhlas - IMAT (format PDF)

iii. Maklumat Kad Perubatan Syarikat Takaful Malaysia - Takaful MyMedicare DAN Takaful Rawat (Format PDF)

 

 

 

 

 

                               

copyright (c) 2009 Khanz Enterprise All rights reserved.
administrator @ takaful.com.my