|
|
Jawapan;
Pada dasarnya semua pelan dipasaran adalah baik. Namun yang "Terbaik" adalah
i. Mengikut Syariat Islam Mestilah ianya pelan Takaful - Takaful adalah satu pelan perlindungan yang bebas riba, judi dan gharar serta berdasarkan prinsip tabaruat (salin jamin menjamin & bantu membantu sesama peserta)
ii. Mengikut keperluan peserta
Pastikan perlindungan yang sedia ada mampu untuk (sila ikut tertib)
1. Membayar hutang Jika berlaku musibah - pastikan perlindungan ASAS dan Manfaat Bertempoh (kematian & Keilatan Kekal) mampu untuk menyelesaikan segala/sebahagian hutang yang sedia ada. "Hutang" disini termasuklah segala bentuk hutang - i.e pinjaman peribadi, rumah, kenderaan, menzalimi orang, zakat, haji lain dsbnya.
Dengan selesainya hutang, insyaAllah kehidupan peserta di Alam kubur akan selesa. Orang yang meninggalkan 'hutang" tanpa ada usaha untuk membayarnya, lalu beliau meninnggal dunia..InsyaAllah kehidupan di Alam Barzah adalah teramat azab.
2. Keluarga dapat meneruskan kehidupan seperti biasa (Perlindungan Pendapatan) Selepas dikira semua hutang yang ada, kiralah pula tempoh pendapatan yang perlu ada jika musibah menimpa kepada peserta
i.e Jika pendapatan bulanan adalah RM4,000 maka buat persedian bagi tempoh minimum 36 bulan = RM48,000 x 36 bulan = RM172,000
InsyaAllah jika peserta ditimpa musibah, tempoh 3 tahun yang akan datang dapat membolehkan kaum keluarga membuat 'Pensesuaian Kehidupan"
3. Perlindungan bagi Perubatan
Kemudian tambahlah perlindungan bagi Bil Perubatan , ini termasukklah Kos Bil Perubatan di hospital, Manfaat Penyakit Kritikal dan Elaun di hospital.
Perlindungan ini tidak perlu, jika peserta telah mempunyai perlindungan ini daripada sumber yang lain i.e diberikan oleh pihak syarikat tempat bekerja
4. Perlindungan bagi Pendidkan anak-anak
Kemudian jika mampu, barulah fikirkan akan pelan bagi anak-anak dibawah tanggungan. Pelan ini termasuklah pelan pendidikan anak-anak
5. Tabungan Persaraan dan Simpanan
Kemudian jika masih ada kemampuan, usahakan pula agar sumbangan bagi pelan ada meyediakan tabungan bagi simpanan peserta. Tabungan ini boleh digunakan bagi tujuan persaraan dan simpanan peserta
I.e Ambillah pelan yang mempunyai perlindungan dan simpanan (Participating Plan)
6. Pelaburan Jika semua perkara 1-5 diatas telah 'diselesaikan' barulah berusaha untuk membuat 'pelaburan'. Melalui 'Pelaburan' peserta berpeluang untuk mendapat lebih keuntungan berbanding pelaburan secara konvensional.
Namun yang demikian 'Pelaburan' adalah lebih terdedah kepada risiko untung rugi. Adalah lebih baik pelan perlindungan dan pelaburan diambil secara berasingan dengan keutamaan lebih diberikan kepada perlindungan
iii. Perlindungan adalah sehingga hari tua (Sehingga meninggal dunia)
Tempoh perlindungan jika boleh biarlah sehingga ke hari tua iaitu sehingga akhir hayat (i.e sehingga umur 70 tahun). Adalah tidak wajar untuk mengambil perlindungan untuk tempoh jangka pendek, ini kerana jika pelan tamat kelak, untuk mengambil pelan yang baru mungkin pada ketika itu kadar sumbangan adalah tinggi dan mungkin juga peserta sudah mempunyai penyakit yang tidak membenarkan beliau menyertai pelan takaful
iv. Sumbangan adalah Mengikut Kemampuan
Setelah diketahui jumlah perlindungan serta tempoh perlindungan yang diperlukan,maka dapatkanlah sumbangan yang diperlukan. Sumbangan boleh dilakukan dalam salah satu mod iaitu, tahunan, setangah tahun, suku tahunan atau bulanan. Jika mampu ambillah dalam mod Tahunan. Ini kerana masalah pelan 'Lapse' insyaAlah dapat dihindari
Kira dan fikirkan adakah peserta mampu untuk membuat sumbangan yang dinyatakan bagi jumlah perlindungan yang diperlukan.
Kemampuan ini adalah lebih penting daripada jumlah keperluan perlindungan. Adalah tidak berguna jika peserta tidak mampu untuk membuat sumbangan dengan perlindungan yang diperlukan.
Oleh yang demikian, ukurlah kemampuan sumbangan peserta.
Pada kadar biasa, jumlah sumbangan yang tidak membebankan peserta adalah disekitar 5 % ke 10 % pendapatan peserta
Cadangan Ambillah pelan Etiqa Mesra, melalui pelan ini perlindungan adalah tinggi dengan sumbangan yang rendah dan pada masa yang sama tempoh maksimum adalah sehingga peserta berumur 80 tahun.
Pada masa yang sama ia menyediakan tabungan bagi simpanan peserta bagi kegunaan simpanan dan hari persaraan peserta.
Maklumat Lanjut ii. Memohon Illustrasi Pelan Etiqa Mesra iii. Contoh Cadangan Pelan Etiqa Mesrat
|
|
|
|
|
copyright (c) 2009
Khanz Enterprise All rights reserved. |
|
|
|
|
|
|